Pelaburan VS Perniagaan 1

 Stock Exchange!
Melabur di pasaran saham seperti melabur pada perniagaan

pelaburansaham.com - Saham seringkali disalah-ertikan oleh sebahagian pihak kononnya mengatakan saham itu adalah bahaya, skim cepat kaya, haram dsb. Oleh itu admin tertarik memilih tajuk ini agar kita sama-sama faham apa itu saham yang sebenarnya.

Katakan anda tertarik dengan perniagaan yang super power yang boleh memberikan anda pulangan yang baik seperti pelantar minyak, kemudian anda terfikir untuk mempunyai pelantar minyak sendiri? Jika iya, maka anda akan berdepan dengan 3 keadaan, iaitu;

Pertama - Anda memerlukan RM100 juta untuk kos pembanggunan pelantar minyak, tetapi saya yakin bahwa anda mungkin tidak mampu dan tidak mempunyai wang sebanyak itu bukan, melainkan berlaku keajaiban atau anda memenangi beberapa cabutan bertuah dan durian runtuh. Maka anda akan berdepan dengan keadaan yang seterusnya.

Kedua - Anda harus memiliki skill dan psikologi yang hebat untuk mengatur setiap pengurusan pelantar minyak, itu belum termasuk masalah pekerja, pulangan modal, baik-pulih pembanggunan dsb. Jika anda berjaya pada peringkat ini, maka anda akan berdepan dengan situasi yang seterusnya.

Ketiga - Berkemungkinan perniagaan anda tidak mendapat sambutan dan mengalami krisis hutang yang banyak.

Maka dengan adanya bantuan pasaran saham, kini anda tidak perlukan lagi perniagaan besar-besaran seperti ini dan pasaran saham akan selamatkan anda dari tiga perkara di atas tadi.

Kini anda mempunyai 3 pilihan di dalam pasaran saham,

Pertama - Anda tidak perlukan RM100 juta untuk memiliki perniagaan pelantar minyak anda lagi, apa yang penting adalah anda harus mempunyai modal untuk dilaburkan di syarikat pelantar minyak sahaja. Modal yang sangat sedikit seperti RM1000 kemungkinan lebih kurang dari itu bergantung juga kepada harga unit syer tersebut. Maka dengan anda melaburkan wang anda ke syarikat tersebut sama seperti anda memliki perniagaan tersebut.

Kedua - Anda mempunyai pilihan untuk membeli syer minyak di pasaran bursa saham, terdapat lebih daripada 15 syarikat yang bergiat dalam perniagaan minyak ini, maka anda boleh memilih syarikat mana yang ada potensi tinggi untuk dilaburkan.

Ketiga - Melaburkan wang anda ke portfolio syarikat besar yang mempunyai senarai minyak yang berpotensi tinggi untuk dilaburkan seperti yang diamalkan oleh pasaran saham global US.

Jadi anda tak perlu sampai pening kepala di mana nak cari wang untuk memulakan perniagaan, kerana pelaburan adalah penting bagi syarikat-syarikat besar, tanpa pelabur maka satu-satu syarikat itu tidak mampu bertahan lama. Anda boleh melabur dan lakukan kerja dan tugasan anda seharian tanpa memikirkan masalah bagaimana nak menjana keuntungan.

"laburlah wang anda dengan bijak, janganlah bijak meleburkan wang anda"

Comments

Popular posts from this blog

Apa Itu Saham?