Apa Itu Saham?



pelaburansaham.com - Pasti anda semua tertanya-tanya apa itu saham dan bagaimana fungsi saham kan? ok di sini saya akan kongsikan kepada anda apa itu saham dan  bagaimana saham itu berkerja.

   Saham mengikut Dewan Bahasa & Pustaka ialah 'modal sah syarikat yang dicarumkan oleh pemilik syer' atau nak lebih senang faham iaitu 'wang yang dilaburkan kepada sesebuah syarikat yang bertujuan untuk menambah modal syarikat tersebut'

   Jadi, bagaimana pula cara saham itu berfungsi? ok, mari kita lihat carta di bawah ini,



   Ok, Di sini admin akan membuat rumusan dan pecahan dari mula bagaimana saham itu boleh berlaku.

1. Ahmad memiliki perniagaan kecilan dan setiap hari permintaan meningkat sehingga syarikat Ahmad tidak mencukupi modal untuk memenuhi permintaan pelanggan.

2. Ahmad membuka peluang kepada para pelabur untuk melaburkan wang mereka ke syarikat Ahmad secara tidak langsung mereka mempunyai bahagian di syarikat Ahmad.

3. Setiap keuntungan yang Ahmad perolehi akan diberikan kepada para pelabur dengan sama rata mengikut syer yang dibeli oleh para pelabur.

4. Setiap pelabur boleh memperolehi keuntungan melalui 2 sumber, iaitu;

i  - Dividen
ii - Jual/beli syer di bursa saham

Pelaburan saham di satu-satu syarikat tidak hanya digunakan sebagai modal tetapi digunakan juga sebagai membayar gaji pekerja, baikpulih, fasiliti syarikat.

Comments

Popular posts from this blog

Pelaburan VS Perniagaan 1